fbpx

CAP sahkan mainan plastik kanak-kanak ada racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hatijah menunjukkan alat mainan plastik yang disahkan mengandungi bahan kimia, parafin berklorin di pejabat CAP, Jalan Masjid Negeri, hari ini.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesahkan alatan mainan plastik yang kebiasaannya menjadi tarikan golongan kanak-kanak terutama bayi yang dalam proses tumbuh gigi sebenarnya mengandungi bahan kimia beracun iaitu parafin berklorin.

Bahan kimia tersebut adalah toksik yang digunakan di dalam pembuatan pelbagai jenis plastik termasuk dalam alatan mainan kanak-kanak yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan buah pinggang, kanser serta otak yang sedang berkembang.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim berkata, kajian yang dijalankan dengan kerjasama International Pollutants Elimination Network (IPEN) mendapati, alatan mainan yang dibeli di beberapa premis di negeri ini turut mengandungi parafin berklorin rantai tinggi.

Menurutnya, alatan mainan plastik berbentuk kuda tiup, ayam menjerit, itit getah, anak patung dan beruang plastik merupakan antara 31 sampel bahan yang dikumpul di 10 negara termasuk Malaysia dan telah dianalisis di makmal Prague, Republic Czech, baru-baru ini.

“Hasil ujian, kesemua mainan yang dikumpul itu mengandungi parafin berklorin rantai pendek (SCCP) dan tinggi (MCPP). SCCP diharamkan secara global manakala MCCP sedang dinilai bagi pengharaman global.

“Oleh itu, alatan mainan plastik yang digunakan oleh kanak-kanak, kebiasaannya dimasukkan ke dalam mulut atau sebagai bahan gigitan (teether) untuk bayi ketika proses tumbuh gigi adalah sangat toksik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai sisa berbahaya,” katanya ketika ditemui di pejabat CAP di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, kajian IPEN mendapati kepekatan parafin berklorin yang sangat tinggi dalam akat mainan kanak-kanak sememangnya amayt membimbangkan.

“Hasil uji kaji yang diterbitkan oleh IPEN pada Oktober lalu menyerlahkan keperluan mendesak untuk mengawal selia bahan kimia ini secara global dan merentasi kerja kawal selia.

“Tiada alat mainan yang diuji oleh IPEN dilabelkan bagi kehadiran bahan kimia toksik yang diperlukan bagi kepentingan pelabelan dan kebolehkesanan sepanjang kitaran hayat plastik,” ujarnya.

Justeru jelasnya, berdasarkan kepada penemuan terbaharu itu, CAP menggesa larangan parafin berklorin sebagai kelas sekali gus menggesa kerajaan Malaysia meratifikasi Konvensyen Stockholm. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI