fbpx

EPL: Villa isytihar secara rasmi rebut kejuaraan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCGINN meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka menundukkan Arsenal pada aksi di Villa Park awal pagi semalam. - AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Aston Villa, Unai Emery akhirnya secara terbuka mengakui mereka sebagai pencabar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan Arsenal 1-0 di Villa Park awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan John McGinn seawal minit ketujuh memastikan Villa meraih tiga mata penting untuk menghuni tangga ketiga liga, dua mata dibezakan dengan pendahulu, Liverpool.

Emery berkata, Villa layak untuk mencatat kemenangan ke atas The Gunners pada perlawanan itu memandangkan mereka memanfaatkan sepenuhnya peluang terhidang meskipun Arsenal lebih banyak menguasai permainan.

“Memang benar kami berada dalam perebutan takhta liga musim ini, namun saya tidak mahu cakap banyak mengenainya. Buat masa ini, kami sangat gembira, teruja dan bermotivasi untuk julang kejuaraan.

“Perlawanan hari ini (semalam) berbeza dengan aksi ketika menewaskan Manchester City. Mungkin kami tidak mengawal permainan sepenuhnya tetapi kami tidak mensia-siakan setiap peluang yang ada,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol Villa, Emiliano Martinez senada dengan pengurusnya apabila tanpa berselindung melaungkan keyakinan mereka memiliki kemampuan untuk merampas takhta liga musim ini.

“Ya, sudah tentu kami berada dalam perebutan takhta liga dan sedia untuk berjuang mendapatkannya. Sukar untuk percaya apabila anda mampu menewaskan City dan Arsenal dalam tempoh seminggu, namun kami sudah lakukannya,” ujarnya. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI