fbpx

Ella ‘lost’ nak pilih juara GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLA

KUALA LUMPUR – Juri jemputan, Ella keliru untuk membuat pemilihan juara bagi pertandingan All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Pemilik nama asal Nor Zila Aminuddin itu akui sukar untuk menilai kesemua finalis memandangkan persembahan yang disajikan sangat mengagumkan.

“Ella lagi lost (menilai peserta) sebab semuanya hebat-hebat.

“Sukar untuk pilih juara,” ujarnya pendek selepas ditanya pendapatnya mengenai juara GV10.

Pentas akhir GV10 menyaksikan Ella menggalas tugasan juri jemputan untuk menilai finalis program pertandingan popular tersebut.

Malam ini, seramai 8 finalis yang akan berentap pada pentas akhir GV10 iaitu Hady Mirza, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina, Naqiu dan Liza Hanim.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat pertama kali.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI