fbpx

Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut terkena renjatan elektrik di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Labok dekat Machang hari ini. -Foto PDRM

MACHANG – Seorang pemandu lori kuari maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung untuk sarang burung layang-layang di tingkat dua rumahnya di Kampung Tok Kaya, Labok, di sini petang tadi.

Mangsa, Johari Tahar, 54, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.05 malam tadi oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Machang yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa memasang bumbung untuk sarang burung layang-layang dengan dibantu isterinya.

“Mangsa dikatakan sedang memegang kerangka besi bumbung sebelum terkena renjatan elektrik. Mangsa tidak sedarkan diri dan dilihat tergantung pada bahagian bumbung rumah tersebut oleh isterinya.

“Isteri mangsa yang terkejut dengan kejadian itu terus menjerit meminta bantuan anak saudara yang juga merupakan jirannya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 7 malam. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI