fbpx

Selain Tomok, Naqiu buat Syafinaz tertunggu-tunggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain Tomok, Naqiu merupakan antara peserta GV10 yang membuatkan juri tersebut tertunggu-tunggu setiap minggu.

KUALA LUMPUR – “Selain Tomok, awak juga salah seorang peserta yang saya nantikan setiap minggu.”

Demikian komen juri tetap Syafinaz Selamat buat peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Naqiu selepas selesai menghabiskan persembahan pertamanya pada konsert terakhir.

Syafinaz  berkata, persembahan kedua-dua penyanyi itu membawa kelainan pada setiap minggu.

“Anda berdua artis yang sangat kreatif, berani dan ada semangat juang.

“Awak pandai olah persenbahan di atas pentas dan selalu menunjukkan nyanyian berbeza,” katanya semasa memberikan komen buat penyanyi asal Johor itu.

Dalam masa sama, Syafinaz turut mempelawa Naqiu untuk memeriksa keadaan kotak suara memandangkan penyanyi lelaki itu mengalami masalah parut pada pita suara (vocal cord) kekal.

“Saya faham awak sebagai penyanyo rock dan impak suara awak.

“Jadi, saya mahu awak jaga suara awak selepas ini.

“Tolong hubungi saya selepas ini untuk saya bawa awak perika kotak suara awak,” ujarnya lagi.

Pada pusingan pertama, Naqiu membawakan lagu Nur Nilam Sari nyanyian asal Awie dan Search.

Malam ini, seramai 8 finalis yang akan berentap pada pentas akhir GV10 iaitu Hady Mirza, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina, Naqiu dan Liza Hanim.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat pertama kali.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI