fbpx

Syafinaz, Fazura, Ning pun pernah nyanyi ‘ke laut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA nama besar yang pernah tular dna dikecam dek nyanyian yang dirasakan netizen tidak mencapai tahap seorang penyanyi profesional.

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Demikian peribahasa tepat untuk menggambarkan situasi dilalui kumpulan The Gadys yang menerima kecaman bertubi-tubi dek nyanyian sumbang semasa beraksi dalam Anugerah KNKV Viral Award 2024 baru-baru ini.

Ketiga-tiga ahli iaitu Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn membawakan medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fausi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar), dan Gadis Dan Bunga (Rahiman Rahim) pada acara yang disiarkan menerusi satu saluran RTM, TV2.

Lebih teruk apabila ada netizen menempelak kemunculan mereka sebagai artis jemputan bagi acara siaran televisyen disebabkan mempunyai ‘kabel’ ata hubungan baik dengan sesetengah pihak.

Enggan isu berlarutan, pihak pengurusan The Gadys, Universal Music Malaysia dan Valient Music menjelaskan kesilapan teknikal sebagai punca segala huru-hara yang menjadi.

Nabila Razali

SEJAK bergelar penyanyi, Nabila Razali tidak henti-henti berdepan teguran mengenai nyanyiannya yang didakwa ‘ke laut’.
Lebih teruk apabila dia berterusan dikritik gara-gara terkucil semasa menyampaikan single sendiri berjudul Peluang Kedua terutama ketika Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada tahun 2021.

Selepas insiden tersebut, pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali segera membuat permohonan maaf dan mengakui sudah melakukan yang terbaik untuk menyampaikan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF.

Nabila kemudian membuktikan dirinya mampu menyanyi dengan bagus apabila berjaya menyampaikan lagu Selagi Ku Ada di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) baru-baru ini duet bersama Khai Bahar yang lancar tanpa insiden vokal terkucil.

Fazura

MULA aktif dalam bidang seni sebagai pelakon, Fazura memberanikan diri tampil dengan single Sayangi Dirimu selain berduet dengan kumpulan Estranged, menerusi lagu Hancur Aku.
Nyanyiannya dikecam selepas muncul sebagai artis pembukaan konsert F1 pada 2016 yang menyampaikan lagu Cheap Thrills nyanyian asal Sia dan Warm Water (Banks) sehingga ramai meminta isteri Fattah Amin itu fokus dalam bidang lakonan sahaja.
Tiga tahun selepas itu, Fazura dikecam lagi selepas melancar lagu The Good Is Back berduet bersama penyanyi antarabangsa, Anggun sehingga dilabel sebagai perosak karya.

Sharifah Zarina

MESKIPUN sudah bertahun-tahun bergelar penyanyi, Sharifah Zarina tidak terlepas daripada ‘tergelincir’ ketika mempersembahkan lagu popular dari Indonesia, Dawai pada konsert Ini Baru Bintang.

Ramai pemerhati berpendapat pelantun lagu Langit Ketujuh itu gagal mendendangkan lagu milik Fadhilan Intan dengan baik sehingga kedengaran sumbang.
Sedar dikecam, dia tidak melatah selain mengambil pendekatan enggan menghiraukan komen negatif yang membanjiri media sosialnya.

Ning Baizura

BIARPUN menyanyikan lagu sendiri berjudul Awan Yang Terpilu, penyanyi Ning Baizura tidak terlepas menerima kecaman netizen apabila dikatakan kedengaran sumbang semasa melakukan persembahan di premis hiburan di Bangsar.

Ning bagaimanapun berharap netizen tidak terus menjadikan isu tersebut sebagai bahan ketawa selain percaya ada hikmah di sebalik insiden yang berlaku.
Dia juga menangkis persepsi buruk terhadap kredibilitinya sebagai penyanyi senior dan mahu masyarakat lebih terbuka bahawa tidak semua penghibur boleh menyanyi dengan baik sepanjang masa.

Syafinaz Selamat

BUKAN sahaja penyanyi, guru vokal seperti Datuk Syafinaz Selamat juga tidak terlepas menerima kecaman selepas dikatakan menyampaikan nyanyian sumbang dan dianggap tidak setara dengan ilmu vokal dimilikinya.

Selain sumbang, nyanyian juri pertandingan realiti itu dikatakan terlalu banyak kesalahan semasa menyampaikan lagu berjudul Europa dan Persis Salju pada Konsert Ini Baru Bintang (RTM) tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, segelintir netizen mempertikaikan sebutan Syafinaz dalam lagu yang dikatakan kurang jelas selain tidak menyanyi di notasi muzik sempurna.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI