fbpx

‘Mat Husin’ masuk jerat, 113 motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Ops Khas Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Taman Samagagah, awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Keseronokan sekumpulan besar penunggang motosikal termasuk pelesit rempit meraikan suasana malam minggu di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Taman Samagagah, Seberang Jaya di sini terbantut apabila mereka dikepung polis awal pagi tadi.

Mereka terdiri kira-kira 400 motosikal berada di sepanjang port panas pelesit rempit menunjukkan aksi perlumbaan haram sebelum Ops Khas Bersepadu Samseng Jalanan bermula pukul 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, operasi tersebut dibantu 26 pegawai dan anggota PLUS yang bertugas pada malam tersebut.

“Hasil operasi tersebut, sebanyak 113 buah motosikal disita dan 334 saman telah dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan trafik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, kata Cheng San, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti berkenaan diminta supaya menyalurkannya terus kepada bilik gerakan IPD SPT di talian 04-5306402 atau 04-5382222.. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI