fbpx

Konflik Palestin-Israel: Separuh penduduk Gaza tiada makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH kanak-kanak berusaha untuk mendapatkan makanan di Rafah, Gaza bulan lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Seorang pegawai kanan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa separuh daripada penduduk Gaza kini hidup dalam kelaparan disebabkan pertempuran berterusan antara tentera Israel dengan Hamas, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Timbalan Pengarah Program Makanan Dunia PBB, Carl Skau berkata, hanya sebahagian kecil daripada bekalan yang diperlukan telah dapat memasuki Semenanjung Gaza, menyebabkan sembilan daripada 10 orang tidak dapat menjamah makanan setiap hari.

Menurutnya, keadaan semasa di Gaza telah menyebabkan penghantaran makanan hampir mustahil dilakukan.

Skau berkata, pasukan yang pergi ke Gaza menyaksikan ribuan orang yang terdesak berada dalam kelaparan ketika pusat pengedaran makanan dan rak pasar raya menjadi kosong. 

“Sembilan daripada 10 keluarga di beberapa kawasan di Gaza menghabiskan masa sehari tanpa sebarang makanan,” katanya.

Ketua Unit Pembedahan Plastik dan Melecur di Hospital Nasser, Dr. Ahmed Moghrabi menahan air mata ketika bercakap dengan BBC mengenai kekurangan makanan.

“Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. Dia selalu meminta saya (untuk mendapatkan) gula-gula, epal dan buah-buahan. Saya tidak dapat menyediakan. Saya rasa tidak berdaya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI