fbpx

[VIDEO] Rempuh motosikal sebab berang ditegur tak beri isyarat potong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu kereta dikatakan sengaja melanggar penunggang motosikal selepas berang ditegur tidak memberi isyarat memotong di Tasek Gelugor, semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu kereta tular apabila dia dikatakan sengaja merempuh seorang penunggang motosikal gara-gara berang ditegur memotong tanpa memberi sebarang isyarat, di sebuah stesen minyak di Tasek Gelugor di sini, semalam.

Pemandu kereta jenis Proton Wira Aeroback itu dipercayai melanggar motosikal yang ditunggang seorang lelaki sebanyak dua kali sebelum beredar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asrwi Shafie berkata, siasatan awal mendapati kejadian tular itu berlaku disebabkan penunggang motosikal terbabit menegur pemandu kereta berkenaan.

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu sehingga menggunakan keretanya untuk melanggar motosikal terbabit.

“Penunggang motosikal tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI