fbpx

Tang Jie-Ee Wei perlu rebut ranking lapan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG Jie (kanan) dan Ee Wei diletakkan sasaran ke separuh akhir pada Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou bermula minggu depan.

JURULATIH beregu campuran negara, Nova Widianto meletakkan harapan cukup besar kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China bermula 13 Disember ini kerana ia menawarkan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pasangan negara itu ketika ini berada dalam kelompok ranking 10 teratas dunia, tetapi belum berada dalam fasa selamat kerana hanya lapan terbaik dunia akan layak ke temasya berprestij dunia tersebut tahun depan.

Bagaimanapun, Nova enggan meletakkan tekanan terlalu besar kepada pemainnya kerana yakin mereka mampu berikan yang terbaik di China nanti.

“Sasaran awal ketika saya mengambil alih adalah Olimpik, tetapi sekarang mereka berjaya beraksi di Jelajah Dunia dan itu sangat bagus.

“Mereka boleh perlu lebih jauh cuma terpulang sama ada mahu atau tidak. Saya harap mereka boleh lepasi peringkat kumpulan di Jelajah Dunia seterusnya layak ke separuh akhir. Tak perlu fikirkan untuk menjadi juara.

“Sekarang mereka dalam kelompok 10 terbaik dan Jelajah Dunia menawarkan mata yang banyak. Jika berjaya tembus kelompok lapan terbaik selepas ini, itu bermakna kedudukan mereka ke Olimpik sudah terjamin,” katanya.

Nova berkata daripada tujuh pasangan yang layak ke Hangzhou, hanya dua pasangan belum pernah dikalahkan oleh pemainnya iaitu Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China dan Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun).

Manakala lima lagi pasangan iaitu Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping (China), Seo Seung Jae-Chae Yu Jung (Korea Selatan), Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (Thailand), Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin (China) dan Kim Won Ho-Jeong Na Eun (Korea Selatan) pernah ditewaskan oleh mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI