fbpx

Pemeriksaan rumah ke rumah kes bunuh Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi mengumpulkan maklumat berhubung kematian Zayn Rayyan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik dan membawa pelaku kes ini ke muka pengadilan.

“Jadi ada dua fasa siasatan, pertama berkaitan pencarian dan mengumpul keterangan fizikal di tempat kejadian dan sekitar kawasan kejadian.

“Kedua melibatkan siasatan dari rumah ke rumah di mana kawasan ini ada lebih kurang 18 blok melibatkan 2,400 buah rumah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Tambah beliau, pihaknya juga telah menghantar barang kes dan keputusan bedah siasat kepada Jabatan Kimia untuk memperoleh beberapa maklumat forensik.

Jelas Hussein, keputusan tersebut dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

“Perkara ini bagi mendapatkan cap jari, DNA dan beberapa perkara lain yang boleh membantu mengesan pihak yang terlibat membunuh mangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI