fbpx

Johor cuti khas peristiwa 17 Disember ini sempena kemenangan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada 17 Disember ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia, malam semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pengumuman cuti peristiwa itu juga bersempena kejayaan skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut yang merupakan sejarah gemilang buat bola sepak negeri ini.

“Justeru itu, pada pukul 8.30 malam, 16 Disember ini akan diadakan sambutan bagi meraikan peristiwa bersejarah tersebut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, selepas perlawanan menentang Penang FC.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengisytiharkan 17 Disember ini, iaitu hari Ahad sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi berkata, keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa itu adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Semalam, JDT menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekaligus menyapu bersih empat piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI