fbpx

Jeritan kuat wanita waktu maghrib rupanya kena bunuh anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis melakukan siasatan di lokasi kejadian

KUALA LUMPUR – Jeritan minta tolong seorang wanita yang didengari jirannya merungkaikan penemuan pasangan warga emas mati dibunuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini.

Menurut jiran, jeritan itu dipercayai daripada wanita yang dibunuh anak lelakinya kira-kira pukul 7 malam tadi.

Katanya, pasangan yang dibunuh itu merupakan keluarga yang dikenali ramai penduduk di sini sekali gus menimbulkan suasana suram dalam kalangan penduduk.

“Saya dengar jiran dia cakap mula-mula dengar jeritan minta tolong selepas itu terus senyap, kira-kira dalam waktu maghrib (7 malam).

“Kedua-dua mangsa dengar ditemui dalam keadaan mengerikan, memang terkejut dengar kes bunuh macam ini.di sini tak pernah ada (pembunuhan)

“Dekat sini orang ramai memang kenal dengan mangsa sebab selalu datang masjid dan dia orang lama di sini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.

Tambah beliau, suspek yang berusia 40-an itu juga dipercayai merupakan bekas penagih dadah dan baru sahaja diikat jamin atas kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, menurutnya suspek beberapa hari sebelum kejadian dilihat mesra pada keluarga kerana sering melihat membantu mengemas halaman rumah.

“Kalau waktu pagi nak pergi kerja tu memang saya akan nampak dia tolong ayah dia cuci halaman rumah, berkebun, dalam minggu ini juga saya nampak dia elok makan di kedai makan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemui mati selepas dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini.

Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah membunuh ibu bapanya sekitar pukul 7 petang tadi.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah, minggu ini.

Bagaimanapun, sebaik pasukan polis tiba di lokasi kejadian, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan membabitkan ibu dan bapa.

“Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI