fbpx

Ikan salai jadi rezeki musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhayu menunjukkan sebahagian ikan darat yang sedang disalainya di Kampung Dura, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Ikan darat yang mudah didapati di sungai-sungai utama dan Tasik Kenyir di sini pada musim tengkujuh ini menjadi lubuk rezeki buat seorang wanita.

Ruhayu Sudin, 37, berkata, dia mengambil peluang menyalai ikan-ikan darat tersebut sebelum menjualnya.

“Menyalai ikan darat pada musim tengkujuh sudah menjadi tradisi keluarga saya sejak lebih 50 tahun dahulu.

“Dahulu ibu saya, Zabedah Mat Daik, 68, yang menyalainya sebelum tugas itu diambil alih saya selepas beliau kurang sihat lagi sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Dura di sini semalam.

Ruhayu berkata, kebiasannya ikan yang mudah didapati pada musim tengkujuh yang sesuai untuk disalai adalah toman, sebarau, kaloi dan patin.

Dia berkata, kebanyakan bekalan ikan darat didapatinya daripada abang iparnya, Mohammad Ismail, 48, yang menangkapnya di Tasik Kenyir.

“Setiap kali tangkapan, abang ipar saya boleh membekalkan ikan darat sehingga 50 kilogram (kg).

“Ikan-ikan toman, sebarau, kaloi dan patin akan dipotong kecil-kecil sebelum melalui proses menyalai,” katanya.

Ruhayu berkata, potongan ikan tersebut kemudiannya diperap semalaman dengan menggunakan asam keping, garam dan serbuk kunyit.

Tambahnya, ikan itu kemudiannya akan disalai selama sehari di atas kayu api yang sentiasa dikawal apinya.

“Permintaan terhadap ikan salai amat tinggi dan biasanya boleh habis dalam tempoh kurang tiga jam selepas siap disalai.

“Harga jualan RM10 mengikut spesies ikan seperti empat ketul ikan toman, kaloi (tiga ketul) dan patin (dua ketul),” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI