fbpx

Identiti lelaki rempuh, ugut penunggang motosikal dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Proton Wira Aeroback yang tular merempuh seorang penunggang motosikal di kawasan Tasek Gelugor, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis sudah mengenal pasti identiti pemandu kereta Proton Wira Aeroback yang bertindak merempuh dan mengugut penunggang motosikal dalam kejadian di sebuah stesen minyak, kawasan Tasek Gelugor di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, pihaknya percaya tangkapan ke atas lelaki terbabit akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

“Lelaki itu dikenal pasti tinggal di kawassn Bukit Mertajam. Polis ketika ini giat mengesan keberadaanya,” katanya di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kejadian tular mambabitkan seorang pemandu kereta apabila dia dikatakan sengaja merempuh seorang penunggang motosikal kerana berang ditegur memotong tanpa memberi sebarang isyarat.

Pemandu berkenaan dipercayai melanggar motosikal yang ditunggang seorang lelaki sebanyak dua kali sebelum beredar.

Siasatan kes tersebut akan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI