fbpx

HTAR siasat dakwaan dawai 22cm ditinggalkan dalam saluran darah pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang memulakan siasatan berhubung dakwaan kecuaian pihak hospital terbabit yang dikatakan meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantung pesakit ketika mendapatkan rawatan di fasiliti tersebut.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd. Rawi berkata pihaknya memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.

“Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat.

“Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi HTAR hari ini.

Terdahulu, tular catatan menerusi akaun Facebook seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa serta mendakwa pihak HTAR meninggalkan dawai sepanjang 22 sentimeter (Guidewire) di dalam saluran darah ke jantung seorang pesakit buah pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI