fbpx

Bomba bantu angkat lelaki obesiti 200kg sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki obesiti menerima bantuan awal oleh petugas kesihatan selepas mengalami sesak nafas di Persiaran Bayan Mutiara, malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki obesiti dengan berat badan 200 kilogram (kg) terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkatnya ke atas kereta pacuan empat roda (4WD) selepas mengalami sesak nafas di tapak pembinaan Persiaran Bayan Mutiara, Gelugor di sini, malam tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengangkat lelaki obesiti kira-kira pukul 8.49 malam tadi dengan melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak.

Menurutnya, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ditempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa obesiti lelaki berusia 40-an.

“Lelaki terbabit yang juga pemandu lori di tapak pembinaan tersebut ditemui dalam keadaan separa sedar dan mengalami sesak nafas. Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pihak St. John di lokasi kejadian.

“PKO bertindak menjalankan kerja-kerja mengangkat mangsa dan kemudiannya mangsa dihantar ke hospital oleh majikan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI