fbpx

11 negeri dijangka hujan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, hujan dijangka berlaku di 11 negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Semenanjung, hujan diramal berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di kawasan pantai Pahang dan Perak.

“Manakala di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Kudat diramal hujan di satu dua tempat,” ujarnya.

Tambahnya, negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak pula diramal tiada hujan berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI