fbpx

Ribuan pengunjung serbu kaunter pembayaran saman PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan diskaun pembayaran saman sebanyak 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).-Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ribuan pengunjung membanjiri kaunter pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pekarangan Stadium Bukit Jalil sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani walaupun tidak sampai dua jam ia dibuka.

Menurut jurucakap PDRM, sehingga pukul 10.30 pagi tadi, kira-kira 3,200 pengunjung telah hadir ke khemah berkenaan untuk menyelesaikan saman.

“Sebanyak 3,200 nombor giliran telah dikeluarkan sehingga pukul 10.30 pagi tadi. Diskaun saman hanya diberikan di kaunter ini sahaja khusus untuk program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

“Kaunter kita buka sejak pukul 9 dan akan tutup pada pukul 4 petang. Selain pembayaran di kaunter, kita juga akan memberikan baucer untuk pembayaran secara online,”katanya kepada Kosmo!

Bagaimanapun katanya, beberapa jenis saman tidak akan diberikan diskaun saman termasuklah saman tahun semasa, kemalangan dan saman bicara.

Jelasnya lagi, sebanyak 14 kaunter pembayaran saman dibuka sepanjang tiga hari program itu berlangsung.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI