fbpx

Pesalah seksual antara individu diberi perhatian dalam pembunuhan Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

PETALING JAYA – Individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan seksual akan ditapis pihak polis bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan satu siasatan menyeluruh akan dijalankan pihaknya termasuk menjalankan semakan rekod jenayah membabitkan penduduk di kawasan berhampiran.

“Ia meliputi mass screening (tapisan besar-besaran) melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.

“Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Apartment Damansara Damai, di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan,6 dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, bahawa terdapat kesan ‘defensive wound’ dipercayai mangsa bergelut dengan suspek.

Tambah beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan individu yang dicari itu merupakan seorang yang tahu selok-belok kawasan perumahan dan tempat mayat mangsa dibuang.

Terdahulu, Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut ketika itu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI