fbpx

Lelaki dikecam, tidak hirau teguran pengguna LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dimuat naik oleh pengguna tersebut.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dianggap mementingkan diri sendiri apabila meletakkan beg galasnya di tempat duduk tanpa menghiraukan pengguna lain.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh @annoyedmsian di akaun X, kelihatan ramai pengguna di dalam LRT tersebut terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai tempat duduk.

Walaupun dalam situasi tersebut, pengguna terbabit dilihat tidak mengalihkan beg malah leka bermain telefon bimbitnya.

“Berhati-hati dengan lelaki tidak bertimbang rasa ini di dalam LRT. Seorang pengguna memintanya mengalihkan begnya dari tempat duduk dan dia terus membuat muka,” tulis pengguna itu dalam kapsyennya.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 4,200 perkongsian dan 5,100 tanda suka.

Meninjau ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang mengecam lelaki terbabit dan ada juga yang menegurnya kerana menanggalkan kasut di khalayak ramai.

“Pernah nampak dia ini dalam LRT. Bila orang tegur, dia jeling-jeling kita,” komen seorang pengguna.

“Kalau saya berada dalam situasi itu, saya tidak akan bertanya dan terus mengalihkan beg itu ke lantai,” ujar Nurul.

“Siap buka kasut, dia ingat naik LRT lama macam naik bas pergi Pantai Timur ke?,” tambah Jhana Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI