fbpx

Doakan penghantaran bantuan ketiga ke Gaza berjaya – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Zambry menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diminta mendoakan kejayaan penghantaran bantuan kemanusiaan ketiga Malaysia untuk rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, bantuan ketiga melibatkan pelbagai barangan seberat 60 tan itu dijangka dihantar pada 17 Disember ini.

“Kita sedang kumpulkan lagi (bantuan). Penghantaran bantuan kali ketiga ini lebih banyak berbanding pertama 20 tan dan kedua 20 tan.

“Doakan penghantaran itu dapat dihantar dengan selamat ke sasaran. Kita terima laporan penghantaran bantuan sebelum ini telah pun sampai kepada sasaran,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Malaysia melalui Ops Ihsan membuat penghantaran bantuan ke Gaza dengan penghantaran pertama melibatkan 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi dan makanan pada 10 November lalu.

Ia diikuti penghantaran kedua membawa barangan bantuan tiba di Mesir pada 11 November 2023.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zambry serta beberapa anggota Kabinet lain menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan terlebih dahulu makan tengah hari di Medan Selera Jalan Duta yang terletak berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI