fbpx

21 individu terlibat kes curi Equipment Card TM bernilai RM50,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Equipment Card TM yang dicuri.

SEREMBAN – Seramai 21 individu termasuk dua suspek utama yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri Equipment Card TM bernilai kira-kira RM50,000 di Bandar Springhill, Port Dickson minggu lalu berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffar Mohd. Yussof berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan berasingan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Kontinjen Negeri Sembilan dan anggota Balai Polis Slim River, Perak pada Ahad dan Selasa lalu.

Menurut Ahmad Dzaffir, sebelum itu pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Equipment Card TM di Port Dickson pada pukul 12.10 tengah hari, Sabtu lalu.

“Sehubungan itu, lebih kurang 2.30 pagi, Ahad lalu pihak polis telah melakukan serbuan di sekitar kawasan Seksyen 36, Shah Alam dan berjaya menahan 15 lelaki warganegara asing berumur antara 21 sehingga 42 tahun.

“Polis turut merampas 18 keping Equipment Card TM yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM 50,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata,seterusnya pada pukul 1.30 tengah hari hingga 11.45 malam, Selasa lalu pihak polis telah melaksanakan tangkapan susulan di tiga tempat berasingan di sekitar Selangor.

“Tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 38 hingga 53 tahun telah ditahan dan semakan rekod terhadap kesemua tangkapan mendapati hanya seorang lelaki berusia 50-an yang mempunyai lima rekod lampau kesalahan jenayah berkaitan gangterisme.

“Kesemua tangkapan telah direman empat hari sehingga esok manakala 15 lelaki warga asing direman sehingga 20 Disember ini,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu dua suspek utama dalam kes ini juga telah ditangkap pada Selasa lalu oleh anggota Balai Polis Slim River, Perak semasa suspek sedang melakukan jenayah mencuri Equipment Card TM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI