fbpx

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu melibatkan keseluruhan kawasan Perlis, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka.

“Bagi Kedah, hujan lebat dijangka melanda Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Pahang (Raub), dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Selain itu, di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya hari ini.

Tambahnya, amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak membabitkan Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang sementara di Sabah tertumpu di Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI