fbpx

Dewan Negara: Pendirian Malaysia tentang Palestin tidak akan berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pendirian kerajaan berkenaan konflik Palestin-Israel tidak akan berubah sama sekali.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, pendirian Malaysia dalam menyokong hak rakyat Pelastin akan sentiasa kekal.

“Malaysia sentiasa menyokong pengembalian hak mutlak bebas kepada rakyat Palestin daripada pendudukan haram Israel dan pengembalian hak tanah yang telah dirampas.

“Hak sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra 1967 garis sempadan pra 1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berhubung pendirian kerajaan berkenaan konflik Israel dan Palestin.

Menjawab soalan tambahan Senator Jaziri Alkaf Dr. Abdillah Suffian, Zambry berkata, beliau yakin rakyat memahami pendirian kerajaan berhubung isu Palestin.

Menurut beliau, malah segala pendekatan yang dilakukan sejak lapan minggu krisis Palestin-Israel memberi gambaran jelas kepada rakyat Malaysia mengenai perkara itu.

“Termasuk penglibatan Perdana Menteri dan saya secara langsung dalam proses untuk menyegerakan proses perundingan dan menamatkan peperangan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI