fbpx

4 banduan terlepas, polis temui gergaji dalam sel penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian itu berlaku di Pusat Tahanan Polis Daerah Lampung. - Tommy Saputra

JAKARTA – Empat suspek kes dadah melarikan diri dari Pusat Tahanan Polis Daerah Lampung, Pulau Sumatera dengan merosakkan jeriji besi, lapor laman berita Detik semalam.

Ketua Perhubungan Awam Polis Lampung, Umi Fadillah Astutik berkata, suspek berjaya melarikan diri dengan memotong jeriji menggunakan gergaji.

Menurutnya, kejadian itu diketahui selepas seorang banduan menjerit kepada pegawai bahawa ada tahanan yang terlepas.

“Pada pukul 1 pagi (waktu tempatan), anggota polis yang memeriksa tahanan namun bilangannya masih cukup. 

“Kemudian pada pukul 3 pagi (waktu tempatan), salah seorang banduan menjerit kepada pegawai bahawa ada tahanan yang melarikan diri,” katanya.

Pegawai yang bertugas kemudian mendapati jeriji tersebut telah dipotong. 

“Mereka berempat berjaya melarikan diri melepas jeriji,” tambah Umi.

Kata Umi, pasukan polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana gergaji itu boleh berada di lokasi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI