fbpx

Teruja mahu bergambar, pelancong gondola Venice jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pelancong yang jatuh ke dalam air menunggu diselamatkan. - TikTok/ienaridens69

ROM, Itali – Beberapa pelancong Asia terjatuh ke dalam air di Venice, Itali selepas gondola dinaiki mereka terbalik di Sungai Rio de la Verona, lapor portal berita Asiaone hari ini.

Ketika gondola itu menghampiri sebuah jambatan rendah, pengendali bot memberitahu penumpang agar kekal duduk bagi merendahkan pusat graviti.

Walaupun sudah menjerit, kumpulan pelancong itu tidak menghiraukan amaran pengendali bot malah mereka terus bergerak untuk menangkap gambar.

Ia menyebabkan bot itu menjadi tidak seimbang sebelum terbalik dan mengakibatkan penumpang terjatuh ke dalam air.

Video yang dikongsikan di laman media sosial memaparkan lima pelancong berpaut pada gondola yang terbalik serta sebuah lagi kapal lain ketika pengendalinya berusaha menyelamatkan mereka.

Seorang wanita yang panik kedengaran menjerit ketakutan dan cuba memanjat gondola berhampiran ketika penumpang lain yang berbahasa Cina cuba menenangkannya.

Agensi berita ANSA melaporkan bahawa kumpulan itu terdiri daripada enam pelancong. Pengendali gondola berjaya menyelamatkan salah seorang daripada mereka sebelum yang lain turut diselamatkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI