fbpx

Maisarah buat hal perdaya guru wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM150,000, selepas diperdaya seorang wanita bernama Maisarah kononnya daripada MCMC.

KUCHING – Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM150,000, selepas diperdaya seorang wanita bernama Maisarah kononnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa berusia awal 30-an yang mengajar di Saratok menerima panggilan telefon daripada suspek pada 19 Oktober lalu.

Katanya, suspek kemudian memberitahu mangsa bahawa MCMC ada menerima aduan daripada orang ramai menyatakan nombor telefon wanita itu digunakan untuk iklan palsu di Seremban.

Beliau menambah, panggilan kemudian disambungkan kepada beberapa individu dan diarahkan untuk membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan, kononnya untuk siasatan Bank Negara Malaysia.

“Mangsa yang panik telah membuat 19 kali transaksi pindahan wang sebanyak RM125,000 secara berperingkat ke dalam tujuh akaun bank suspek dari pertengahan Oktober hingga pertengahan November lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, Mancha berkata, pada 4 November lalu, mangsa seterusnya diminta oleh suspek untuk mengeluarkan wang sebanyak RM29,000 dan membalingnya ke kawasan semak berdekatan dengan persimpangan P di Saratok.

Katanya mangsa yang menuruti arahan suspek itu kemudian berbuat demikian, dan apabila berpatah balik ke tempat berkenaan, dia mendapati wang itu tiada lagi.

“Ketika itu, baru mangsa sedar bahawa dia telah ditipu,” katanya yang memberitahu mangsa tampil membuat laporan polis semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI