fbpx

Kes Covid-19 naik ramai bimbang SOP ketat sambut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peningkatan semula kes Covid-19 di Malaysia ketika ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai ekoran berkenaan prosedur operasi standard (SOP) ketika menjelang hari raya tahun depan.

Menerusi hantaran di aplikasi X Kementerian Kesihatan (KKM), rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan.

“Masuk tahun baru dan nak dekat raya mesti kes Covid-19 naik. Harapnya tak ‘lockdown’ lagi sebab rakyat tidak mampu untuk hadap sekali lagi,” kata pengguna bernama Wawa.

“Sedih sebab empat tahun tak dapat beraya dengan keluarga. Asbab Covid-19 juga saya kehilangan ayah tercinta,” luah Mawaddah.

“Memang betul kes Covid-19 meningkat. Jaga diri, jangan sampai kita tak raya lagi seperti tahun-tahun sebelum ini,” seloroh Zalea Zahari.

Dalam pada itu, terdapat pengguna media sosial turut mencadangkan kerajaan supaya menutup pintu sempadan antarabangsa susulan kewujudan penyakit misteri di China.

Hampir dua tahun rakyat Malaysia melalui perintah berkurung sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara sebelum ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan peningkatan kes Covid-19 di negara ini berikutan musim penyakit pernafasan yang melanda dunia namun keadaan masih terkawal.

Disarankan seluruh masyarakat patuh terhadap SOP demi menghindari risiko penularan yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI