fbpx

Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONG-UN menangis ketika berucap pada Mesyuarat Ibu-Ibu peringkat kebangsaan di Pyongyang, Ahad lalu. - Korean Central Television

PYONGYANG – Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menangis ketika menyeru golongan wanita negara itu agar melahirkan lebih ramai anak bagi menghentikan trend penurunan kadar kelahiran sekali gus mengukuhkan kuasa rejim tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam rayuannya yang penuh emosi, pemimpin itu dilihat mengelap air matanya menggunakan sapu tangan sambil berucap kepada ribuan wanita yang berkumpul pada Mesyuarat Ibu-Ibu peringkat kebangsaan di Pyongyang Ahad lalu.

“Mencegah penurunan kadar kelahiran dan penjagaan anak yang baik adalah tugas pengurusan rumah tangga yang kita perlu tangani semasa bekerja dengan kaum ibu,” kata Jong-un pada majlis itu.

Beliau juga menggesa kaum ibu untuk menerapkan nilai-nilai parti komunis negara itu kepada anak-anak mereka.

Ramai dalam kalangan penonton yang terdiri daripada wanita berpakaian tradisional turut menangis secara terbuka bersama pemimpin mereka itu.

Perhimpunan tersebut diadakan buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun dan ia berlangsung ketika kadar kelahiran Korea Utara semakin rendah. Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pegawai-pegawai tinggi negara tersebut.

Data banci rasmi terakhir Korea Utara yang dikeluarkan pada 2008 menunjukkan penduduknya berjumlah 24 juta orang, manakala anggaran terkini mencadangkan populasi negara itu sebanyak 25.7 juta orang.

Namun, penilaian yang dibuat oleh Korea Selatan menunjukkan bahawa kadar kesuburan negara jirannya itu telah menurun secara berterusan sejak 10 tahun lalu. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI