fbpx

2023 tahun paling panas dalam rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda amaran cuaca panas dipasang di sepanjang lebuh raya semasa gelombang haba di Taman Negara Death Valley, California pada 16 Julai lalu. - AFP

BRUSSELS, BELGIUM – Sebuah badan pemantau iklim di Eropah mendedahkan bahawa 2023 bakal menjadi tahun paling panas pernah direkodkan dalam sejarah selepas November menjadi bulan keenam berturut-turut yang mencatat suhu tertinggi.

Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) berkata, rekod suhu bulan November mencatat paras tertinggi baharu.

Ini sekali gus mendorong suhu purata global 2023 menjadi 1.46 darjah Celsius lebih panas daripada paras praindustri.

Timbalan Ketuanya, Samantha Burgess berkata, tahun 2023 setakat ini mencatatkan rekod tertinggi enam bulan berturut-turut di samping dua musim.

“Suhu global November adalah luar biasa. Ini menjadikan 2023 tahun paling panas dalam sejarah yang direkodkan,” katanya.

Terdapat beberapa amaran bahawa 2023 boleh memecahkan rekod tahun paling panas yang dicatatkan pada 2016 selepas ia mengatasinya pada September dan Oktober lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI