fbpx

Lelaki dipercayai pegawai polis cuba larikan diri selepas langgar wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAK pikap dipandu Somya remuk teruk selepas melanggar sebuah motosikal di Kanchanaburi, kelmarin. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang lelaki dipercayai pegawai polis cuba melarikan diri selepas trap pikap dipandunya bertembung dengan sebuah motosikal sehingga mengakibatkan seorang penunggang wanita terbunuh kelmarin, lapor portal berita The Pattaya News.

Bagaimanapun, polis Tha Muang berjaya menghalang lelaki tersebut daripada melarikan diri dan meminta dia keluar daripada kenderaannya dalam kejadian di Kanchanaburi.

Selepas lebih sejam berunding, polis bertindak menahan pemandu tersebut yang dikenali sebagai Somya Banthawtuk, 53, manakala ketika ditahan, dia memakai baju dalam polis Thailand.

Somya dilaporkan berkata kepada polis bahawa dia takut diserang oleh penduduk kampung yang mengelilingi kenderaannya.

Polis menjalankan ujian alkohol ke atas lelaki tersebut dan keluarga mangsa melaporkan kepada media Thailand bahawa kandungan alkohol dalam darahnya adalah melebihi 300 miligram.

Wartawan Thailand yang menjejaski identiti Somya di internet mendapati dia kelihatan seperti Leftenan Polis Somya Banthawtuk iaitu seorang pegawai polis di Mueang Kanchanaburi.

Lelaki itu dibawa ke balai polis Tha Muang untuk tindakan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI