fbpx

Zulkiflee Omar CEO baharu Pengurusan Aset Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkiflee.

PETALING JAYA – Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melantik Zulkiflee Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Disember lalu.

PAAB dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu dibuat selepas melihat latar belakang pengalaman yang dimiliki Zulkiflee selain beliau telah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi (COO) dan pemangku CEO PAAB sejak 19 Mac tahun ini.

“Semasa menyandang jawatan CEO, Zulkiflee akan terus mengawasi tanggungjawab COO hingga pengganti yang sesuai dilantik,” jelas kenyataan itu.

Zulkiflee memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari University of North Carolina, Amerika Syarikat, dan mempunyai sejarah kerjaya yang cemerlang.

Sebelum berkhidmat di PAAB, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Penyampaian Projek di OPUS International (M) Sdn Bhd, iaitu perunding pengurusan projek yang terkenal di bawah UEM Group.

“Pengalaman pelbagai aspek yang dimiliki Zulkiflee, digabungkan dengan visi strategik dan kecekapannya dalam pengurusan projek, meletakkan beliau sebagai aset yang tidak ternilai kepada PAAB,” kata kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI