fbpx

Rugi ratusan ribu ringgit terperdaya pelaburan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Dua lelaki di negeri ini mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bagi kes pertama pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai khidmat pelanggan pada 1 Disember yang mengalami kerugian kira-kira RM 134,500 susulan sindiket penipuan berkenaan.

Menurutnya, mangsa telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang individu yang menawarkan pelaburan dengan modal permulaan sebanyak RM1,000.

“Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa beberapa jam. Selepas itu, mangsa diarahkan lagi untuk membuat beberapa kali pembayaran bagi proses menebus wang keuntungan sebanyak RM30,000 itu kepada tujuh keldai akaun yang berbeza sehingga kerugian mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam kes berlainan, Arifai menjelaskan pihaknya menerima laporan dari seorang kontraktor kelmarin melibatkan kerugian berjumlah RM 285,000.

Menurutnya, mangsa juga telah berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan modal permulaan RM30,000 dan dijanjikan keuntungan sebanyak 90 peratus dalam masa beberapa jam.

“Selepas itu mangsa disuruh lagi untuk membuat beberapa kali pembayaran bagi menerima keuntungan dan telah membuat pindahan Wang sebanyak lima kali ke empat keldai akaun berbeza,” katanya.

Sehubungan itu, menurut beliau, orang anak dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pelaburan secara dalam talian dengan keuntungan yang tinggi dan segera membuat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI