fbpx

Roy Azman, isteri dan anak sempat keluar kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki Roy, isteri dan anak yang terbakar di sebuah lebuh raya.

PETALING JAYA – Kereta dinaiki pelakon, Roy Azman bersama isteri dan anak bongsu terbakar sewaktu kenderaan mereka dipercayai melalui sebuah lebuh raya.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Roy pada Instagramnya kira-kira satu jam lalu bersama beberapa gambar dan video keadaan keretanya yang terbakar.

Bagaimanapun, pelakon senior itu tidak memaklumkan waktu kejadian dan lokasi tersebut, selain memberitahu mereka sekeluarga selamat.

“Salam semua, alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta, syukur.

“Terima kasih Datuk Eg, Datin Heykal, Faezah, Yusof dan akmal datang teman buat laporan,” katanya ringkas pada hantaran itu hari ini.

Turut kelihatan, bomba di tempat kejadian bagi melakukan kerja pemadaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI