fbpx

Serangan balai polis: Jenazah Muhamad Syafiq tiba di kediaman keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq diusung oleh lapan anggota polis mengikut istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia

KUANTAN – Jenazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor selamat tiba di kediaman keluarganya di Taman Seri Mahkota Jaya dekat sini kira-kira pukul 4.40 petang tadi.

Keranda Allahyarham Muhamad Syafiq dibaluti Jalur Gemilang diusung oleh lapan anggota polis mengikut istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia dan kira-kira 200 ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai serta anggota dan pegawai polis hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Suasana sebak dan pilu menyelubungi kediaman Allahyarham Muhamad Syafiq ketika ahli keluarga menatap jenazah Allahyarham sebelum dikebumikan.

Jenazah Allahyarham Muhamad Syafiq kemudian disolatkan di kediaman berkenan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 8 dekat sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI