fbpx

Liputan 5G Perak dijangka cecah 77.3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Liputan 5G negeri Perak dijangka mencapai 77.3 peratus pada hujung tahun 2023, yang sehingga September lalu mencecah 71.9 peratus di kawasan berpenduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Mohd. Azlan Helmi berkata, kerajaan Pusat melalui Kementerian Komunikasi dan Digital dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bersama-sama kerajaan negeri terus komited untuk mempercepatkan perluasan teknologi 5G.

Katanya, ini bagi menyempurnakan kesalinghubungan internet sekaligus memastikan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik.

“Pihak Digital Nasional Bhd. (DNB) mensasarkan perluasan liputan 5G di negeri Perak mencapai 77.3 peratus sehingga hujung tahun 2023. Sehingga September 2023, kadar perluasan liputan 5G di negeri Perak telah mencapai 71.9 peratus kawasan berpenduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zafarulazhan Zan (Pas-Kampong Gajah) yang bertanyakan bilakah kerja-kerja naiktaraf capaian 5G dijalankan di Kampong Gajah, terutamanya di kawasan luar bandar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Kata Mohd. Azlan, usaha perluasan liputan 5G di pekan Kampong Gajah dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada awal tahun 2024 di mana terdapat satu tapak pemancar liputan 5G telah dirancang pembinaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI