fbpx

Jennifer Lawrence nafi bedah hidung, mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIFER LAWRENCE

GARA-GARA kelihatan berbeza, aktres terkenal Hollywood Jennifer Lawrence telah dituduh melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung dan matanya.

Menurut peminatnya, bentuk hidung pelakon filem The Hunger Games itu kelihatan agak berbeza apabila ia semakin kecil dan mancung.

Bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama majalah Magazine pada edisi 27 November lalu, bintang berusia 34 tahun itu menafikan bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik seperti yang didakwa oleh para peminatnya.

Kata Lawrence, wajahnya kelihatan begitu berbeza disebabkan teknik solekan selepas menggunakan khidmat jurusolek terkenal, Hung Vanngo.

“Saya tidak pernah mengubah apa-apa pada wajah ini. Apa yang kamu lihat adalah kerana teknik solekan semata-mata.

“Sejak saya menggunakan khidmat jurusolek Hung Vanngo, wajah saya memang kelihatan berbeza. Saya sangat gembira,” ujar Lawrence.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI