fbpx

Gaza terus dibom, selang seminit rakyat Palestin syahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah yang dibom oleh rejim Zionis semalam. - Foto MOTAZ AZAIZA

PETALING JAYA – Memasuki hari ke 59 konflik antara Palestin dan Israel, tiada lagi tempat untuk penduduk Gaza melarikan diri selepas tentera penceroboh Israel memperhebatkan serangan di selatan yang sebelum ini dianggap kawasan selamat untuk mereka berlindung.

Menerusi perkongsian jurugambar Palestin, Motaz Azaiza di Instagramnya hari ini berkata, keadaan di Gaza ketika ini bertambah genting seperti satu kegilaan ditunjukkan tentera Israel selepas tamatnya genjatan senjata pada Jumaat lalu.

Katanya, semakin ramai rakyat Palestin dibunuh tanpa belas ihsan sehingga ratusan syahid dalam sehari.

“Makin banyak rumah dibom, semakin ramai rakyat Palestin terbunuh selang masa seminit.

“Lebih 7,000 penduduk hilang dan semalam sahaja lebih 100 orang telah dibunuh dalam sehari,” katanya.

Terdahulu, rejim Zionis mengarahkan penduduk di sebelah utara berpindah segera ke selatan sekiranya tidak mahu menjadi mangsa kekejaman mereka, namun selepas gencatan senjata tamat, tentera udara Israel terus melakukan pengeboman di seluruh Semenanjung Gaza.

Motaz sebelum ini turut mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di negaranya ekoran tindakan rejim Israel memusnahkan hampir keseluruhan Gaza.

Jelasnya, selain kawasan kediaman, tentera Israel turut menyasarkan rumah ibadat termasuk masjid dan gereja serta hospital.

Terbaharu, Al Jazeera melaporkan, api menjulang-julang membakar bangunan di bandar Deir al-Balah selepas dibom oleh Israel, bagaimanapun bilangan mangsa yang mati dan cedera masih belum diketahui.

Serangan juga dilakukan di Khan Younis dan Rafah sehingga mengorbankan lebih 700 orang dalam serangan tanpa henti Israel selama 24 jam pada Sabtu lalu.

Sehingga kini, hampir 20,000 orang terbunuh dalam tempoh lapan minggu pertempuran di Semenanjung Gaza sejak 17 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI