fbpx

EPL: Rashford heret Manchester United jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD gagal mengulangi prestasi terbaik musim lalu sekali gus memberi kesan besar kepada persembahan United. - AFP

NEWCASTLE – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengesahkan bahawa dia akan bercakap dengan pemain penyerangnya, Marcus Rashford mengenai prestasi pemain itu yang dilihat merudum ketika tewas berdepan Newcastle United 1-0 awal pagi semalam.

Rashford kembali berada dalam kesebelasan utama United selepas tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Galatasaray akibat penggantungan, namun dia beraksi hambar sehingga dikeluarkan selepas sejam perlawanan di St. James Park.

Musim lalu menyaksikan Rashford berjaya meledak 30 gol dalam semua kejohanan, namun dia sekadar menjaringkan dua gol setakat musim ini dan lebih malang dia seperti hilang kesungguhan setiap kali beraksi.

“Saya akan bercakap dengannya, bukan kepada media. Saya tidak gemar melihat persembahan individu. Saya tahu isu ini mula ditimbulkan, tetapi saya yakin Marcus akan kembali ke prestasi sebenarnya,” katanya.

Musim lalu menyaksikan Rashford berada pada prestasi terbaik untuk membantu United mengecapi beberapa kejayaan termasuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga dan memenangi trofi Piala Liga Inggeris.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya menentang Newcastle, Ten Hag mengakui United gagal mengimbangi persembahan cemerlang skuad kendalian Eddie Howe itu, tetapi percaya mereka akan kembali bangkit.

“Kali ini, kami harus memberikan kredit kepada Newcastle kerana mereka jelas lebih baik berbanding kami. Saya akan bercakap dengan semua pemain mengenai alasan kegagalan aksi kali ini.

“Anda tidak akan gembira setiap kali berdepan kekalahan, tetapi saya pasti kami masih berdaya tahan dan kembali mendapatkan prestasi sebenar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI