fbpx

Cuaca baik, tiada hujan hampir seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik serta tiada hujan dilaporkan hampir keseluruhan negeri-negeri Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, hujan dilaporkan di Semenanjung hanya di negeri Melaka dan Johor.

“Bagi Sabah pula, hujan dan ribut petir dilaporkan hanya berlaku di Sandakan,” jelas MetMalaysia.

Katanya, hujan dan ribut petir turut dilaporkan di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Mukah dan Kapit sehingga lewat pagi ini.

“Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan pula diramal tiada hujan berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI