fbpx

Ambulans terbalik, pesakit perlu rawatan tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membantu membetulkan kedudukan ambulans itu selepas kemalangan tersebut. - Khmer Times

PHNOM PENH, Kemboja – Seorang pesakit memerlukan rawatan tambahan selepas ambulans dinaikinya terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Phnom Penh, lapor akhbar Khmer Times.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pawagam Lux di Phnom Penh sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) semalam.

Sumber memaklumkan bahawa ambulans itu dalam perjalanan dari TK Standard Hospital ke Hospital Calmette.

Tiba-tiba, sebuah kereta yang dipandu laju merempuh ambulans itu, menyebabkan ia terbalik di bahagian sisi.

Pemandu kereta itu kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian.

Selepas kejadian itu, pesakit berkenaan dibawa ke Hospital Calmette menggunakan ambulans lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI