fbpx

Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ain Akashah (kanan) menunjukkan Anugerah Kehormat Permata Dunia yang diterima Mat Sentol (kiri) sempena Majlis Konvokesyen MMU hari ini. Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/ KOSMO!

CYBERJAYA – Pelawak lagenda era 1950-an, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU), di sini hari ini.

Mat Sentol, 90, yang terkenal dengan watak Mat Bond bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut disebablan keuzuran dan masalah kesihatan.

Anugerah itu diserahkan kepada cucu pelawak tersebut, Ain Akashah Rosarif, 26, oleh Pro Canselor MMU, Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid pada istiadat konvokesyen yang berlangsung pada pagi ini.

Ain Akashah ketika ditemui berkata, dia berasa berbangga atas anugerah yang diterima datuknya kerana ia merupakan pengiktirafan tertinggi yang diraih dalam bidang seni.

“Sepatutnya bapa mewakili datuk untuk menerima anugerah pada hari ini, tetapi dia tidak dapat hadir kerana tak sihat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI