fbpx

Mantan Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jui Meng.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dilaporkan meninggal dunia, hari ini pada usia 80 tahun.

Khabar duka tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa di laman sosial beliau.

“Mendapat perkhabaran duka sebentar tadi. Datuk Chua Jui Meng, mantan Menteri Kesihatan Malaysia telah pergi meninggalkan kita.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Mendiang menjadi Menteri Kesihatan yang paling lama berkhidmat di Malaysia, iaitu dari tahun 1995 sehingga 2004 dan juga merupakan bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI