fbpx

Johor sasar bina 30,000 rumah mampu milik menjelang 2026 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI – Johor terus komited menyediakan kediaman perumahan yang selesa dan mampu milik untuk penduduk negeri ini menjelang tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sehubungan itu berkata, pihaknya menyasarkan membina sebanyak 30,000 unit rumah mampu milik di seluruh negeri menjelang tahun 2026, meningkat berbanding sasaran awal ditetapkan sebelum ini iaitu 21,139 unit.

“Jumlah itu ditambah bagi membolehkan lebih ramai rakyat negeri ini termasuk dalam kalangan berpendapatan rendah juga mampu memiliki kediaman sendiri.

“Insya-Allah semua daerah di negeri ini akan mempunyai rumah mampu milik, dengan Johor Bahru (15,341 unit), Kluang (4,443 unit), Kulai (3,808 unit), Batu Pahat (1,534 unit), Mersing (1,456 unit), Muar (1,404 unit), Kota Tinggi (1,111 unit), Tangkak (738 unit), Segamat (587 unit) dan Pontian (381 unit),” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, pihaknya juga berharap kerajaan Persekutuan dapat melakukan intervensi lebih signifikan bagi memperkasa institusi Pesuruhjaya Bangunan.

“Ini termasuklah membuat penelitian sekiranya terdapat keperluan untuk meminda Akta Pengurusan Strata bagi menangani isu berbangkit khususnya melibatkan skim strata perumahan kos rendah.

“Di samping itu, kegagalan pengurusan flat kos rendah yang semakin usang juga adalah disebabkan kegagalan sesetengah pihak Perbadanan Pengurusan yang sewajarnya memainkan peranan dengan lebih berkesan setelah memungut yuran penyelenggaraan,” jelasnya.

Sementara itu, Onn Hafiz turut memberitahu kerajaan negeri telah berjaya mengurangkan jumlah miskin tegar daripada 5,746 keluarga kepada 2,647 miskin tegar dalam masa enam bulan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI