fbpx

Jalan dipenuhi coklat, karamel akibat kemalangan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dipanggil membersihkan jalan itu selepas kemalangan. - Ary News

COLUMBUS, OHIO – Pihak berkuasa terpaksa menutup lalu lintas di sebuah lebuh raya di negeri Ohio, Amerika Syarikat akibat kemalangan melibatkan lori coklat, lapor laman berita Ary News semalam.

Lebuh raya Interstate 90 West ditutup selepas kemalangan yang membabitkan dua lori itu menyebabkan jalan tersebut dipenuhi karamel dan coklat.

Jabatan Pengangkutan Ohio melaporkan bahawa dua trak itu bertembung sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu.

Bekalan coklat dan karamel di dalam salah sebuah lori dilaporkan tertumpah ke atas jalan sehingga memaksa penutupan itu.

Sementara itu, kedua-dua pemandu selamat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu, namun anggota bomba dikerah untuk membersihkan lebuh raya. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI