fbpx

Bandar di Jerman lumpuh akibat salji tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta api Deutsche Bahn (DB) berada di atas landasan yang dilitupi salji di stesen utama di Munich semalam. - Getty Images / Sven Hoppe

BERLIN, Jerman – Salji lebat yang ekstrem dan suhu di bawah paras sifar melumpuhkan ibu negeri Bavaria, Munich sehingga mengganggu perjalanan udara dan kereta api serta menyebabkan kemalangan jalan raya.

Laman berita RT melaporkan, paras salji yang direkodkan di Munich adalah paling lebat ketika sebahagian besar kawasan di Jerman menghadapi suhu sejuk sejak beberapa hari lalu. 

Menurut Perkhidmatan Cuaca, salji setebal 40 sentimeter telah menutupi kawasan metropolitan bandar yang dihuni kira-kira enam juta penduduk itu sejak kelmarin.

Situasi berbahaya itu menyebabkan sekurang-kurangnya 760 penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Munich dibatalkan, demikian menurut seorang jurucakap.

Selepas menunda trafik udara sehingga petang semalam, lapangan terbang tersebut mengesahkan penutupannya pagi ini.

“Bas, trem dan banyak perkhidmatan kereta api turut dihentikan disebabkan cuaca buruk,” kata sebuah syarikat pengangkutan awam Munich.

Syarikat perkhidmatan kereta api kebangsaan Jerman, Deutsche Bahn pula berkata, perjalanan pengangkutan itu dijangka terjejas teruk sehingga esok.

Polis Munich dalam satu kenyataan berkata, penduduk diberi amaran supaya tidak menaiki kenderaan atau meninggalkan rumah melainkan benar-benar perlu selepas lima orang dilaporkan cedera dalam kemalangan jalan raya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI