fbpx

[VIDEO] ‘Uncle Grab’ sempoi bawa penumpang naik Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu e-hailing memilih menggunakan kenderaan mewahnya jenis Mercedes Benz C200 untuk membawa penumpang

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina mengakui membuat kerja sambilan tersebut adalah kerana dia bosan berada di rumah dan mahu bersiar-siar melihat suasana luar.

Lebih menarik perhatian ramai apabila kenderaan yang digunakan adalah kategori mewah iaitu jenis Mercedes Benz C200.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @megat_suprax baru-baru ini, dia sempat bersembang dengan lelaki tersebut yang lebih mesra disapa ‘uncle Grab’ bertanya tentang alasannya bekerja sebagai pemandu e-hailing sedangkan dilihat seperti orang kaya.

Menurut pemandu itu, dia kurang gemar berada di rumah tanpa berbuat apa-apa dan memilih untuk keluar bekerja meskipun sudah berusia.

“Duduk rumah susah la, sudah tua, duduk rumah tengok jam sahaja dan tidur. Tak ada keluar jalan-jalan memang tak boleh tahan.

“Kalau keluar jalan-jalan, masa pun jadi cepat sahaja,” kongsi pemandu tersebut.

Bercerita lanjut, pemandu itu berkata, dia sememangnya gemar membeli kereta mewah.

Antara koleksi yang dimilikinya adalah Audi Q3 dan BMW 5 Series.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ada pengguna lain berkongsi pengalaman mereka menaiki perkhidmatan p-hailing yang turut menyediakan kenderaan mewah buat pelanggan.

“Sama macam pengalaman saya naik Grab dapat Vellfire balik dari universiti ke rumah,” kongsi @jjhyungirl.

“Masa belajar di Pulau Pinang, memang ramai ‘uncle Grab’ bawa kereta mewah, bukan calang-calang, merasa juga aku naik beberapa kenderaan mewah. Mereka bukan nak duit sangat, tapi lebih kepada nak isi masa lapang. Duduk rumah bosan juga hari-hari,” kongsi @Syafiqx. – KOSMO! ONLINE

@megat_supraxorang kaya bawak grab🤣

♬ original sound – megat supraX arrows

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI