fbpx

Remaja diberkas, cuba cium, raba budak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang pelajar tingkatan lima diberkas polis selepas dipercayai cuba mencium dan meraba kanak-kanak perempuan dalam kejadian di taman perumahan di Krubong dekat sini, Selasa lalu.

Suspek berusia 17 tahun itu berjaya dicekup oleh orang awam kira-kira pukul 11.30 malam keesokkan harinya di taman permainan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, satu laporan polis juga telah dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 35 tahun di Balai Polis Tanjung Minyak, Rabu lalu.

Katanya, mengikut laporan tersebut, pada pukul 7.40 malam ketika berada di rumah, mangsa berusia 11 tahun mengadu bahawa dia dan sepupunya tujuh tahun ditolak oleh seorang penunggang motosikal daripada basikal yang mereka naik sehingga jatuh.

“Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai runcit berhampiran dan penunggang itu dikatakan memakai topi keledar berwarna kuning.

“Suspek kemudian cuba mencium mangsa berusia 11 tahun dan meraba kemaluannya, namun kanak-kanak itu sempat menendang lelaki tersebut lalu terus melarikan diri,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, tangkapan dibuat oleh anggota Balai Polis Tanjung Minyak dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek merupakan pelajar tingkatan lima dan masih bersekolah.

“Kita percaya taktik menolak mangsa itu merupakan modus operandi digunakan oleh suspek sebelum cuba mencium dan menarik kaki mangsa untuk meraba kemaluannya.

“Suspek kini direman selama enam hari sehingga 5 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI