fbpx

Penduduk bogelkan tiga pencuri cuba larikan kabel internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK menanggalkan pakaian pencuri yang terbaring di atas tanah. - Instagram

JAKARTA – Tiga pencuri yang ditangkap selepas cuba melarikan kabel menara internet dibelasah dan dibogelkan oleh penduduk tempatan dalam kejadian di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @aksaraloka.idn, penduduk kampung dilihat mengelilingi pencuri tersebut.

Mereka cuba mengikat dan menanggalkan pakaian seorang pencuri itu yang terbaring di atas tanah. Dua rakan suspek turut menerima nasib sama selepas ditangkap penduduk kampung.

“Tiga pencuri ini pada awalnya menyewa sebuah kereta dan juga seorang pemandu. Suspek mengaku bahawa mereka adalah pegawai Telekomunikasi.

“Apabila rangkaian internet terputus, penduduk mendapati tiga pencuri sedang melarikan kabel. Mereka segera menangkap, memukul dan menanggalkan pakaian suspek,” tulis akaun itu.

Kumpulan penduduk itu turut merosakkan kereta yang digunakan suspek dalam jenayah tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan pemilik kereta sewa kerana keretanya menjadi sasaran penduduk,” komen seorang netizen. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI